|
Nav4All Worldwide Mobile Phone Navigation and Tracking & Tracing SYARAT DAN PERATURAN SYARAT DAN PERATURAN PENGGUNAAN NAV4ALLDENGAN MENGKLIK BUTANG "SETUJU", ANDA MENGESAHKAN ANDA MENERIMA SYARAT DAN PERATURAN PENGUNAAN NAV4ALL: 1. Nav4All ialah perisian bantuan pandu arah yang anda boleh guna, percuma tanpa kos, sehingga 01-01-2010. Penggunaan Nav4All oleh anda haruslah dalam bentuk sedia ada (iaitu; seperti ia berfungsi) dan tidak harus melibatkan sebarang bentuk jaminan, kerana Nav4All berfungsi dengan menggunakan data pembekal, termasuk NAVTEQ. Penggunaan Nav4All haruslah sepenuhnya di bawah risiko anda sendiri. Anda harus bertanggungjawab ke atas tabiat memandu anda. 2. Anda, dengan ini, mengakui bahawa kesemua hak (termasuk hak-hak harta intelektual) untuk Nav4All merupakan hak eksklusif Nav4All B.V. dan/ atau pembekal-pembekalnya. 3. Nav4All B.V. dan pembekal-pembekalnya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan yang terjadi secara langsung atau tidak langsung melalui penggunaan Nav4All. Anda dengan ini melindungi Nav4All B.V. dan pembekal-pembekalnya daripada tuntutan pihak ketiga yang timbul dari atau berkaitan dengan penggunaan Nav4All oleh anda. 4. Hubungan anda dengan Nav4All B.V. harus secara eksklusif berada di bawah perintah perundangan Belanda. Segala pertikaian antara anda dengan Nav4All B.V. harus (dengan pengecualian kesemua atau sebarang institusi perundangan bukan Belanda yang dilantik di atas dasar kuasa perundangan dan kawalan tempatan, wilayah, nasional dan/ atau antarabangsa) dihantar secara eksklusif ke Mahkamah yang mempunyai kuasa perundangan yang relevan di Amsterdam, Belanda. Nav4All B.V. walau bagaimanapun mempunyai hak memulakan tindakan perundangan interim di mana-mana negara. 5. Nav4All sedang dibangunkan secara berterusan. Nav4All mungkin akan disesuaikan atau ditambah baikan tanpa sebarang notis terdahulu. 6. Syarat dan Peraturan yang digunakan ini telah didrafkan dalam bahasa Belanda dan dialih bahasa ke pelbagai bahasa lain. Teks asal dalam bahasa Belanda akan digunakan mengatasi sebarang teks lain jika berlaku percanggahan antaranya dan teks alih bahasa. TOLONG HENTIKAN PEMASANGAN PERISIAN NAV4ALL JIKA ANDA TIDAK MENERIMA SYARAT DAN PERATURAN YANG DIGUNAKAN. |
CONTACT |
TEKAN |
KEGUNAAN PROFFESIONAL | BERITA
PHONES | GPRS |
KENYATAAN PERIBADI |
SYARAT DAN PERATURAN | TERMS OF DELIVERY | ABOUT US
© 2008 Nav4All B.V. All rights reserved. | www.nav4all.com
